Cheese Tart kebiasaannya memang susah nak buat. Ramai yang lagi senang beli je sebab selalu buat tak jadi. Kali ini kami kongsikan Resipi Cheesetart bersama Tart Shell yang paling mudah dibuat untuk korang.
Terima kasih Nor Azaliza Tarmizi untuk perkongsian resipi Cheesetart ini 🙂
Resipi Shell Crust (45 biji shell acuan 5.5cm)
Bahan-bahan:
3 1/4 cup tepung gandum
80gm mentega
170gm marjerin
1 biji telur gred A
1/3 cup gula kastor
1/2 tsp esen vanila
Caranya:
- Satukan mentega, marjerin dan gula kastor. Gaul rata hingga sebati.
- Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Kemudian uli dengan tangan.
- Bulat-bulatkan adunan anggaran berat 18-20gm.
- Masukkan adunan ke dalam acuan tart yang telah dilengserkan dengan marjerin terlebih dahulu dan ratakan mengikut bentuk acuan (bahagian lebihan sebelah atas boleh ratakan guna hujung pisau)
- Bakar adunan pada suhu 170°c selama 25 minit (panaskan ketuhar 10 minit dahulu sebelum membakar adunan)
- Biarkan lebih kurang 15 minit baru keluarkan dari acuan.
Resipi Cream Cheese
Bahan-bahan:
750gm cream cheese
1 cawan gula icing
1 1/2 tsp esen vanila
6 tbsp telur sejuk(2 biji telur gred A yg dibuang punatnya, pukul bagi rata. Kemudian sukat guna sudu sukatan)
Caranya:
- Pukul cream cheese sehingga licin, lembut dan berkilat menggunakan mesin pengadun (jangan terlebih pukul nanti cair adunan, cukup sehingga cream cheese rata dan tidak berketul)
- Masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Pukul seketika hingga sebati.
- Masukkan telur dan esen vanila. Pukul dalam 10-15 saat sahaja.
- Paipkan adunan cream cheese ke dalam shell crust yang telah siap dibakar tadi dan diletakkan filling pilihan.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 7 minit (pastikan ketuhar telah dipanaskan 10 minit terlebih dahulu)
6.Setelah siap, bolehlah dihias di atasnya.Tak nak hias pun tak mengapa.
*Enak dimakan jika disejukkan dalam peti sejuk seketika.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Azaliza Tarmizi (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos