fbpx

Resepi Chicken Mango, Sesuai Untuk Menu Dinner!

iCookAsia

Kali ni Admin nak share satu juadah makanan yang sangat sedap dan ramai suka. Nak tau tak kenapa? Kerana resepi kali ni merupakan resipi yang sedikit berbeza dan paling penting  menaikkan lagi aroma dan kelazatan juadah ini. Mesti korang excited kan nak cuba kan? Admin pun hehe.

Jom Admin share.

Terima kasih Adila Shafiai untuk perkongsian resipi chicken mango ini 🙂

Bahan-Bahan:

(Untuk salad)

2 biji mangga muda (kupas dan hiris halus)

1/2 batang carrot (Dihiris halus)

1 biji bawang besar (Dihiris halus)

1 biji tomato (Potong 8 hingga 10)

Beberapa helai daun salad

Sedikit hirisan kubis purple

(Untuk ayam)

Beberapa kepingan isi ayam (Boleh beli yang sudah siap fillet ayam di AEON)- Basuh sehingga bersih

Seulas bawang putih (Tumbuk kasar)

2 sudu besar tepung jagung

3 sudu besar tepung gandum

Sedikit lada sulah dan serbuk lada hitam

Sedikit garam

Sedikit gula

1 biji telur dipukul

Minyak untuk goreng ayam

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan bawang putih yang ditumbuk kasar atas ayam dan perap seketika.
  2. Campurkan semua bahan (tepung jagung, tepung gandum, sedikit lada sulah dan serbuk lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula)
  3. Panaskan minyak.
  4. Celup isi ayam dalam telur dan angkat seketika.
  5. Celup pula dalam campuran tepung tadi.
  6. Goreng sampai masak (Menggunakan api sederhana)
  7. Angkat dan toskan.
  8. Potong slice kecil ayam tu.

(Untuk sos)

6 sudu besar sos plum

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos ikan

1 ulas bawang putih

7 biji cili hijau

Perahan limau nipis dari 2 biji limau (Saiz kecil)

Sedikit daun ketumbar

Sedikit gula

Sedikit air

(Campur dan blend je semua bahan ni)

Cara penyediaan:

  1. Sediakan mangkuk besar.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi kecuali tomato, kubis purple, hirisan lemon dan daun salad.
  3. Gaul dan masukkan ayam.
  4. Gaul dan masukkan sos yang telah diblend tadi.
  5. Gaul sebati.
  6. Letakkan tomato, kubis purple dan daun salad.

(Hidangkan dalam pinggan bersama hirisan lemon (Optional).

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Adila Shafiai(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x