fbpx

Resepi Chocolate Cookies Besar Tapak Tangan. Anak-Anak Confirm Suka Makan Ni!

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak suka Biskut Coklat kan? Ramai dah yang kongsikan resepi hidangan pencuci mulut atau makanan manisan ini. Buat yang pertama kali ingin cuba bake biskut coklat ini, lebih-lebih yang ingin buat untuk keluarga, boleh cuba resepi perkongsian di bawah ini. 

Hasilnya sebesar tapak tangan dan boleh dapat 20 biji. Kalau nak buat lebih, boleh gandakan sahaja adunan. 

Terima kasih Sarah Arissa untuk perkongsian resipi Biskut Coklat ini 🙂

Bahan-bahan:

½ cawan gula halus (100gm)

¾ gula perang (165gm)

1 sudu teh garam 

½ cawan unsalted butter (115gm) – melted

1 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

1 ¼ cawan tepung serbaguna (155gm) *boleh pakai tepung gandum kalau tiada

½ sudu teh baking soda

4 oz milk chocolate chunks (110gm) – *jenama Beryls

4 oz dark chocolate chunk (110gm) – *jenama Beryls

Cara membuat:

  1. Dalam mangkuk besar, whisk gula, garam dan melted butter hingga sebati (tiada ketul-ketul).
  2. Masukkan telur dan esen vanilla, whisk sehingga adunan kelihatan ringan bila jatuh ke dalam campuran.
  3. Ayak tepung dan baking soda, kemudian kaup balik campuran dengan spatula.
  4. Masukkan coklat ke dalam adunan. Sejukkan adunan sekurang-kurangnya 30 minit (masuk ke dalam peti ais).
  5. Scoop adunan dalam tray, jarakkan dalam 10cm.
  6. Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar lebih kurang 12-15 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sarah Arissa (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x