fbpx

Resepi Chocolate Cornflakes Crunchy Cookies. Boleh Buat Untuk Hidangan Kuih Raya Nanti.

iCookAsia

Pelbagai jenis kuih tradisional yang sudah kita belajar dan cuba buat untuk hidangan Hari Raya nanti. Tetapi, tidak sah juga jika tiada biskut coklat yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Bukan mereka sahaja, yang dewasa dan remaja juga turut ketagih dengan biskut yang mengandungi bahan Coklat. 

Haa, disini Admin kongsikan resepi Biskut Coklat Cornflakes yang betul-betul rangup. Penambahan Cornflakes dalam resepi menjadikan ia bertambah sedap dan confirm rangup!

Terima kasih Farisha Sofea untuk perkongsian resipi Chocolate Cornflakes Crunchy Cookies ini 🙂

Bahan-bahan:

150g mentega 

70g gula kastor

1 biji telur gred A

1 sudu kecil esen vanilla 

130g tepung gandum

1 sudu besar tepung jagung

60g serbuk koko 

1/2 sudu kecil serbuk penaik

50g cornflakes (diramas kasar)

Cara membuat:

  1. Satukan mentega bersama gula dan pukul sehingga kembang dan sebati. 
  2. Masukkan telur dan juga esen vanilla. Pukul rata. 
  3. Kemudian masukkan tepung, serbuk koko dan juga serbuk penaik.
  4. Kacau adunan sehingga sebati barulah dimasukkan cornflakes. Gaul rata.
  5. Simpan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit. 
  6. Kemudian bentukkan adunan dan golekkan lagi adunan ke dalam cornflakes.
  7. Susunkan ke dalam loyang pembakar yang telah digris. Ulang proses sehingga selesai. 
  8. Panaskan oven. Bakar pada suhu 180•C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Farisha Sofea (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x