fbpx

Resepi Coslow Yang Sedap Giler. Gunakan Dua Jenama Mayonis Ini Untuk Elak Coslow Jadi Terlampau Cair.

iCookAsia

Lama juga tidak makan Coslow ini. Kebiasaanya, kita akan dapat makan pada hidangan makanan sampingan kita seperti Chicken Chop. Sedapkan? Pernah tertanya bagaimana nak buat Coslow ini? Bila dah tahu, boleh la kita praktik kan di rumah. Hidang seperti di restoran. 

Terima kasih Cik Merpati Putih untuk perkongsian resipi Coslow ini 🙂

Bahan-bahan:

Mayonis lady’s choice / mayonis kimball

Kobis / kobis ungu pun boleh

Lobak merah

Perahan lemon (kalau ada) 

Cara penyediaan:

  1. Sagat atau potong nipis sayuran tu. 
  2. Kemudian, masukkan mayonis dan perahan lemon sedikit. Gaul sebati. 

*Untuk coslow gunakan mayo ladychoice atau kimball. (“Dua jenama ini jenis tak cair apabila dibiar lama. Sebab saya tak suka terlampau cair, selepas itu, perah lemon sikit sahaja. Tak perlu garam atau gula. Lepastu masuk kedalam peti sejuk. Sejuk-sejuk lagi sedap.”)

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cik Merpati Putih (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x