Cucur Jawa atau Cucur Topi ini, antara kuih legend yang menjadi kegemaran ramai. Kalau di semenanjung ini, susah nak dapat atau jumpa orang jual di mana-mana gerai. Jadi, jom lah kita belajar buat sendiri Kuih Cucur Jawa ini.
Biasa gula merah je kan? Tapi pengguna Facebook ini membuat versi Pandan. Cantik betul kejadiannya!
Terima kasih Noor Suhaida untuk perkongsian resipi Cucur Jawa Pandan ini 🙂
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum Cap Sauh
2 cawan tepung beras Cap Teratai
2 cawan setengah gula putih
½ cawan serbuk susu tepung full cream Fernleaf
1 sudu besar pandan emulco
Setengah sudu besar pewarna hijau epal
Garam halus 1 sudu besar
Air 3 cawan lebih atau 3 cawan suku
Caranya:
- Gaul sebati kesemua bahan.
- Kemudian tapis untuk bagi tiada ketulan.
- Perap semalaman adunan yang telah ditapis.
- Panaskan minyak dan tuangkan adunan. Jangan kacau, nanti bentuknya akan kacau.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Noor Suhaida (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos