fbpx

Resepi Cucur Manis, Sangat Mudah Dan Sedap!

iCookAsia

Kalau anda nak tahu, Cucur Manis ini pernah viral tau sebelum ini. Dengan rasa manis nya yang sedap dan sesuai untuk buat makan petang. Dengan saiz hidangan yang kecil merupakan saiz yang perfect untuk suapkan ke dalam mulut. Admin pun tak sabar nak cuba ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nur Naszirah perkongsian resipi Cucur Manis ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

3 cawan air (masak atas api sehingga mndidih)

Susu pekat agak-agak nak manis mana

Garam sikit untuk naik lemak

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan kesemua sekali dan gaul sehingga sebati. Tekstur dia memang akan melekat pada tangan.
  2. Cara untuk menggoreng, siapkan air untuk basuh tangan.
  3. Seterusnya, ambil guna tangan sahaja, bulat-bulat kan sedikit dan masukkan ke dalam minyak yang sudah panas.
  4. Ulang lagi sampai habis. Goreng sehingga kelihatan golden brown.
  5. Kemudian, balik-balik kan. Tujuan basuhkan tangan untuk bagi senang nak bentuk cucur tersebut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Naszirah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x