fbpx

Resepi Daging Bakar Danok, Jauh Datang Dari Thailand!

iCookAsia

Mesti ramai yang teringin nak travel kan, terutamanya ke negara jiran iaitu Thailand. Di Thailand, terkenal dengan banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Apatah lagi, makanan di sana. Admin ikut terliur ni bila sebut je pasal makanan Thailand. 

Bukan itu sahaja tau, sekarang ni kita boleh nampak yang banyak sangat orang buat satu sos yang dipanggil sebagai “Sos Thai”. Memang terbukti, Thailand memang mewah dengan keenakkan dan keunikkan makanannya. Jadi hari ni, Admin nak share satu resepi yang power dan terbukti sedap ye. Jom!

Terima kasih Eira Hamzah untuk perkongsian resipi daging bakar danok ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Untuk perapan daging):

Sekeping daging (Guna bahagian yang lembut)

1 sudu besar sos ikan

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil gula perang

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil minyak

 Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan di atas bersama daging dan perap ia selama 1 jam.
  2. Selepas 1 jam, bakar atas kuali dengan api yang sederhana sehingga masak.

 Bahan B (Untuk sos):

2 sudu besar sos ikan

1 biji limau nipis

1 sudu kecil palm sugar atau gula perang

1 sudu besar serbuk cili (chili flakes)

1 sudu besar beras Sangai (Ditumbuk halus)

1 biji bawang merah (Dihiris halus)

Daun ketumbar  (Hiris)

Cara penyediaan:

  1. Masak beras tanpa minyak (Sangai), jangan sampai hangit. Seterusnya, tumbuk halus.
  2. Campurkan bahan-bahan dalam mangkuk dan sebatikan ia. Kemudian, boleh rasa mengikut cita rasa masing-masing.

Tips untuk daging lembut sebelum masak:

  • Perap dengan lemon atau limau nipis (Ini kena perap lama sikit, dalam 2 hingga 24 jam. Campurkan lemon atau limau nipis ke dalam potongan daging anda dan biarkan selama 2 jam atau lebih).
  • Perap dengan Halia (Sama juga tempoh masanya, 2 hingga 24 jam. Potong halia banyak sikit dan perapkan bersama potongan daging).

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eira Hamzah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x