fbpx

Resepi Daging Goreng Kunyit, Mudah Dan Sedap Rasanya

iCookAsia

Mesti kadang-kadang tak tahu nak masak apa untuk tengahari kan? Apa kata anda cuba resepi Daging Goreng Kunyit ini. Mudah saja cara untuk membuatnya dan sedap. Tak perlu risau, bahan yang digunakan pun mudah untuk didapati.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Fariza Hadi perkongsian resipi Daging Goreng Kunyit ini 🙂

Bahan-bahan:

Daging (Nak guna fresh atau frozen pun boleh)

1/4 kg tulang lembu (kalau taknak guna tidak apa)

Serbuk kunyit

Garam

Perasa (Optional)-Boleh guna secukup rasa juga

Sedikit gula

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaul daging dan tulang bersama kunyit, garam, perasa dan gula.
  2. Panaskan minyak. Masukkan daging dan tulang. Goreng sekejap sahaja.
  3. Kemudian, masukkan air.
  4. Masak sehingga empuk, kalau kurang empuk, masukkan air lagi.
  5. Apabila sudah empuk dan air sudah kering serta tinggal minyak sahaja, letak hirisan bawang holland, lada dan daun bawang. Jangan terlalu kering garing tersebut, pastikan sedikit basah-basah.
  6. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fariza Hadi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x