Runsing nak masak apa untuk tengahari? Apa kata cuba resepi Daging Masak Merah ini. Lagi sedap dimakan dengan nasi panas. Bukan itu sahaja tau, daging pun lembut dan memang terasa kelazatan hidangan ini.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ainn Mustafar perkongsian resipi Daging Masak Merah ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Daging
Pewarna merah
Cara membuat:
- Mula-mula, pastikan daging rebus lembut dan rebus sikit dengan pewarna merah.
- Sejukkan dan hiris nipis. Sejukkan supaya senang potong dan tidak mudah pecah pecah.
- Selepas itu, gorengkan sikit.
Bahan B:
Bawang putih (ketuk)
Cili kisar
Bawang kuning
Cili api
Cili merah hiris
Daun sup
Sos tiram
Cili sos
Tomato sos
Sos ikan
Cara membuat:
- Pertama sekali, tumis bawang putih sampai naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis sampai garing.
- Seterusnya, masukkan sos tiram, cili sos, tomato sos dan renjis sedikit sos ikan.
- Masukkan bawang, cili dan daun sup. Masukkan air sikit. Nak berkuah lebihkan air pun boleh.
- Masukkan daging dan kacau sebati.
- Masukkan garam, gula dan perasa sikit. Seimbangkan rasa masin manis. Dah boleh tutup api.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ainn Mustafar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity