Kalau jumpa orang jual Donut, mesti rasa nak beli. Sangat sedap dan lembut sahaja. Makan satu confirm tak cukup. Bukan itu sahaja, bukan anak kecil sahaja yang suka, orang dewasa pun suka tau. Admin nak cuba resepi ini nanti.
Terima kasih doppopastry untuk perkongsian resipi Resepi Donut Susu ini 🙂
Bahan- bahan:
1 paket yis
3 cawan tepung gandum
5 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin (Dicairkan)
1 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis
1 cawan air suam
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan 3 cawan tepung gandum ke dalam mangkuk.
- Kemudian, dalam mangkuk lain, masukkan 1 cawan air suam, 5 sudu besar gula, 3 sudu besar susu pekat ke dalam air suam. Kacau sehingga gula hancur dan sebati.Â
- Masukkan yis dan kacau sebati. Biarkan selama 10 minit.
- Pukul telur sedikit dan masukkan ke dalam mangkuk yang mengandungi marjerin yang telah dicairkan.
- Seterusnya, masukkan campuran telur dan marjerin tadi ke dalam yis. Kacau lagi.
- Masukkan bahan yang telah dicampur tadi ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum. Kacau sebati. Jangan risau, adunan akan menjadi sedikit lembik. Jangan tambahkan tepung.
- Biarkan doh kembang selama 30 hingga 45 minit.
- Setelah itu, taburkan tepung siap-siap atas pelapik dan keluarkan doh dari mangkuk.
- Gelekkan doh tersebut seperti biasa. Ratakan ia. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
- Selepas itu, boleh tekapkan dengan acuan donut.
- Akhir sekali, jika doh sudah kembang, boleh gorengkan dan nikmati. Untuk salut donut, campurkan gula icing dan susu tepung.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: doppopastry(TikTok)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity