Bagi penggemar Dumpling, anda wajib cuba resepi yang Admin nak share kali ini. Tengok pun dah terliur, apatah lagi kalau dah makan. Tak perlu beli di luar dah, buat sendiri pun boleh. Jimat tau. Sedap dan mengenyangkan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nor Al Fatihah perkongsian resipi Dumpling Ayam Dan Udang ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Untuk Kulit Dumpling):
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam halus
1 cawan air panas
Cara membuat:
- Satukan tepung gandum, tepung ubi, minyak dan garam.
- Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil kacau dengan sudu.
- Kemudian, gaul dengan tangan dan uli hingga menjadi doh. Tutup dan rehatkan 30 minit.
- Potong doh kecil-kecil.
- Ambik satu dan canai nipis. Tekap dgn acuan bulat. Tabur tepung di atas dulang supaya kulit tidak melekat. Ketepikan dulu
Bahan B (Inti Dumpling):
1 cawan isi ayam
1/2 cawan isi udang
1 labu bawang besar (dicincang)
1/2 batang carrot (diparut)
1 batang daun bawang (dihiris)
1 sudu kecil serbuk lada putih Aji Shio
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula
Cara membuat:
- Mula-mula, blend kering 2 keping dada ayam dan 10 hingga 15 ekor udang hingga halus.
- Satukan isi ayam dan udang bersama bawang, carrot, daun bawang, serbuk lada putih, sos tiram, kicap, minyak bijan, tepung jagung, telur, garam dan gula. Kacau sebati.
- Ambil sekeping kulit, letak sedikit inti.
- Sapu air di tepinya dan tutup. Kelim beberapa kali di tepinya dan tekan kemas.
- Didihkan air di dalam pengukus dulu. Sapu dulang dengan minyak supaya dumpling tidak melekat dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
Bahan C (Minyak Cili):
1/2 cawan minyak masak/jagung
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dicincang)
1 batang daun bawang, ambil bahagian putih saja (dihiris)
1/4 cawan chili flakes
1/4 cawan kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam halus
1 batang daun bawang, ambil yang hijau (dihiris)
1/2 sudu kecil bijan yang disangai
Cara membuat:
- Panaskan minyak di atas api.
- Di dalam bekas, satukan bawang putih, halia, daun bawang putih, chili flakes, gula, garam, kicap dan minyak bijan. Boleh guna chili flakes pizza domino jika ada.
- Tuang minyak panas perlahan-lahan dan biar ia mendidih bersama bahan-bahan tadi seketika, kemudian kacau.
- Campur dengan daun bawang hijau dan bijan. Kacau sebati.
- Akhir sekali, hidangkan dumpling bersama minyak cili.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Al Fatihah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity