fbpx

Resepi Gulai Ikan Tanpa Santan. Rasa Padu Betul Kalau Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas.

iCookAsia

Rakyat Malaysia ini, tidak sah kalau menu hidangannya tanpa nasi kan? Apa sahaja lauk yang tidak sedap untuk makan bersama Nasi Putih panas-panas? Tiada.

Seperti perkongsian resipi daripada seorang pengguna Facebook ini. Resipi ini dikatakan agak berlainan daripada yang lain. Kerana, tiada santan yang digunakan dalam masakan ini. Nak tahu rasanya, kena la cuba kan? Jom!

Terima kasih Zana Mokhtar untuk perkongsian resipi Gulai Ikan ini 🙂

Bahan bahan:

Ikan ikut jenis apa suka

Sepeket rempah kari ikan adabi

Sesudu kari daging adabi

Bawang merah yang di kisar

Bawang merah di hiris

Bawang putih di hiris

Halis seinci di hiris

Daun kari

Halba

Dua sudu sos tiram di bancuh dengan air. 

Air asam jawa

Garam

Cara memasak:

  1. Rempah kari ikan dan daging tu di bancuh bersama dengan bawang merah yang di kisar. 
  2. Tumiskan halba, bawang merah, putih dan halia yang dihiriskan tadi tu. Tambahkan daun kari.
  3. Biar sampai naik bau. Baru masuk bancuhan rempah . Tumis sampai naik bau dan garing sedikit. 
  4. Masukkan sos tiram dengan air asam jawa. 
  5. Biarkan sampai likat pekat dan selepas itu baru masukkan air sedikit. Yang ni agak-agak la. 
  6. Biarkan didih, tambahkan garam, bendi, tomato dan ikan.
  7. Biarkan sekejap dengan api kecil sampai nampak dah masak boleh tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zana Mokhtar (Facebook)

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x