fbpx

Resepi Hidangan Pisang Goreng Cara Orang Johor. Dimakan Bersama Sambal Kicap.

iCookAsia

Hidangan Pisang Goreng ini sangat popular dikalangan kita dan paling senang nak dapatkan mestilah di gerai-gerai tepi jalan. Kalau orang Selangor atau KL ini biasa dimakan begitu sahaja. Tapi, menariknya bagi orang Johor, Pisang Goreng ini dicicah bersama Sambal Kicap. Mungkin ada yang rasa pelik, tapi inilah sos wajib bagi orang Johor. 

Nak tahu apa rasanya? Jom cuba!

Terima kasih Suzy Love Baking untuk perkongsian resipi Pisang Goreng Dan Sambal Kicap ini 🙂

Bahan-bahan:

Pisang

Tepung gandum *

Air *

Garam *

Pewarna kuning atau serbuk kunyit *

Sedikit soda bikarbonat * (hujung sudu kecik sahaja)

Cara membuat:

  1. Campur semua bahan bertanda (*) dan kacau sehingga sebati. Jangan terlampau cair atau pekat.
  2. Celup pisang kedalam adunan dan goreng di dalam api yang panas.

Bahan untuk Sambal kicap:

Bawang putih

Gula

Cili api

Kicap manis 

Caranya: Tumbuk semua bahan diatas sampai lumat kemudian tambah sedikit air panas. Gaul rata.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Suzy Love Baking (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x