Memang sedap kalau hidangan Thailand ini. Dengan rasa yang menarik memang menjadikan kita bertambah makan nasi. Tambah pula, resepi Pad Kra Pao ini boleh dikatakan popular juga dek kerana keenakan dan kepelbagaian bahan seperti ayam atau daging.
Jom try.
Terima kasih Jaja Noriza untuk perkongsian resipi Pad Kra Pao ini 🙂
Bahan- bahan:
Ayam atau daging cincang
Daun selasih Thai
Bawang putih cincang
Cili kering kisar
Sos tiram
Kicap manis
Sos ikan
Garam jika perlu
Sedikit air
Kacang panjang, baby corn, carrot, cili padi atau cili merah
(Semua bahan boleh agak-agak mengikut banyak mana ayam atau daging yang boleh digunakan)
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan kuali dengan sedikit minyak.
- Kemudian tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar agak-agak sahaja nak banyak mana. Tumis sampai cili masak.
- Seterusnya, masukkan isi ayam atau daging cincang dan goreng sampai ayam masak.
- Masukkan pula sos tiram, kicap manis, sos ikan dan tumis rata. Masukkan garam secukup rasa. Jika suka versi kering boleh terus masukkan daun selasih dan cili padi kacau dan tutup api. Jika suka versi berkuah boleh tambah air. Kalau suka, boleh masukkan kacang panjang dan baby corn.
- Makan dengan nasi putih, telur mata dan sambal belacan jika suka. Untuk ulamnya, timun dan tomato.
- Tiada sukatan yang tepat. Agak-agak sahaja. Yang penting mesti ada daun selasih Thai baru rasa pad Kra pao.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Jaja Noriza(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity