Cakap je pasal durian, memang banyak kedai di tepi jalan yang menjual durian. Confirm akan berhenti la untuk beli durian, mana tidaknya, tergugat iman tengok keenakan durian-durian tersebut. Tambah pula, sekarang musim durian masih lagi tidak berakhir. Tapi kadang-kadang, terlalu banyak durian sampai tak tahu nak buat apa.
Jom Admin share dengan anda semua satu resipi yang dapat menyejukkan tekak kita semua.
Terima kasih Uwan Nolly Epin untuk perkongsian resipi Aiskrim Durian Homemade ini 🙂
Bahan-Bahan:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (Kalau tak terlalu suka manis, boleh kurangkan)
1 sudu besar ovalette
Durian secukupnya (Anggaran kalau isi durian yg besar 6 ulas dan 10 ulas untuk durian kecil)
Pewarna kuning telur secukupnya (Optional) – Jika isi durian sudah kuning, tidak perlu guna
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, blend durian, susu cair, susu pekat dan ovalette.
- Apabila sudah sebati, masukkan pula ke dalam mixer.
- Seterusnya, mix kan dalam masa 20 hingga 30 minit atau sehingga kelihatan gebu.
- Kemudian, letak dalam bekas.
- Selepas itu, simpan ke dalam peti sejuk.
- Jika ianya kelihatan keras, boleh dimakan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Uwan Nolly Epin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos