Mesti pernah rasa nak cuba makanan yang lain daripada biasa kan? Ataupun teringin masakan yang western tapi masih kene dengan selera kita. Jangan risau, hari ni Admin nak bagitahu korang satu resepi yang sangat mudah tapi complete dengan western style dan juga selera melayu kita. Tak perlu pening dah fikir nak makan juadah apa, cuma perlukan beberapa bahan sahaja dan dah boleh buat.
Terima kasih Zaidah Sabjan untuk perkongsian resipi Homemade Tortilla Wrap ini 🙂
Bahan-bahan:
Tomato
Bawang
Timun
Daun salad
(Campurkan bahan bahan di atas dengan thousand island, mayonnaise dan sos cili Thai yang manis)
Untuk ayam:
Boleh gunakan chicken steak, goreng dan potong kecil-kecil;
Cara Cara;
- Panaskan tortilla wrap dalam kuali selama beberapa saat.
- Sapukan Mayonnaise atas tortilla wrap.
- Letakkan daun salad.
- Kemudian, letakkan ayam yang sudah dipotong kecil- kecil.
- Sapukan mayo beserta sos cili (pilihan).
- Akhir sekali, letakkan hiasan yang kita buat sebentar tadi.
 Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zaidah Sabjan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videosÂ