Waffle ni sudah menjadi kegemaran orang ramai, tak kira umur dengan kepelbagaian topping yang menarik dan sedap. Bukan itu sahaja, ianya dapat dijadikan sebagai santapan minum petang sambil mendengar lagu atau berborak dengan keluarga. Seronok kan? Hehe
Tapi, korang tahu tak yang sebenarnya kalau korang buat sendiri waffle ni, korang dapat jimat duit dan dapat makan banyak pula tu. Jom, Admin tunjuk cara-cara nak buat homemade waffle ni.
Terima kasih Nurul Izzati Idrus untuk perkongsian resipi Homemade Waffle ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
Bahan B:
1 cawan susu segar
3 sudu besar minyak
1 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:
- Masukkan kesemua bahan A ke dalam satu bekas yang sama. Gaulkan.
- Seterusnya, campurkan bahan-bahan B ke dalam satu bekas yang sama. Kacau sampai sebati.
- Campurkan adunan bahan B ke dalam bekas adunan bahan A. Kacau sehingga rata.
- Biarkan seketika selama 15-30 minit.
- Sapukan planta ke atas permukaan acuan waffle.
- Tuang 2 senduk bancuhan dan tunggu selama beberapa minit.
- Tuangkan golden syrup ke atas waffle yang sudah siap.
- Siap untuk dihidang
Kalau nak lagi sedap, boleh sahaja guna madu, chocolate syrup ataupun mentega kacang sebagai topping. Boleh juga hiaskan dengan buah-buahan. Enjoy!
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nurul Izzati Idrus (TikTok)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos