fbpx

Resepi Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken

iCookAsia

Siapa suka makan Honey Butter Biscuits dekat Texas Chicken? Lembut di dalam, rangup di luar. Dengan rasa manis madu, makan pula bila baru keluar oven panas-panas kan. Jom cuba!

Terima kasih Nasrah Zamzam untuk perkongsian resipi Honey Butter Biscuits ini 🙂

Bahan-bahan:

1 1/4 cawan tepung gandum

2 sudu teh baking powder

(Ayak bersama)

1 sudu makan rata gula

57g pure butter sejuk (penting untuk dapatkan bau wangi)

Gaul kan semua ni guna tgn je.

70 g / ml susu full cream atau segar

1 sudu teh cuka mkn atau lemon

1 1/2 sudu madu 

1 sudu butter

Cara memasak:

  1. Ayak bersama tepung gandum dan baking powder.
  2. Uli tepung, gula dan butter.
  3. Kacau susu dengan lemon/cuka untuk dijadikan buttermilk.
  4. Gaulkan semua dan bulatkan. Bakar pada suhu 180c selama 15 min.
  1. Keluarkan dan sapu dgn campuran 1 1/2 sudu madu dan 1 sudu butter. Sambung bakar dalam 3 ke 5 min. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nasrah Zamzam

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x