fbpx

Resepi Ikan Bawal Masak Kicap, Mudah Dan Sedap

iCookAsia

Ikan bawal memang sedap dimasak apa-apa lauk apatah lagi dimasak kicap. Makan pula dengan nasi panas, memang padu rasanya. Nampak simple tapi sekali makan, confirm bertambah.

Terima kasih Jom masuk Dapur untuk perkongsian resipi Resepi Ikan Bawal Masak Kicap ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A:
Ikan bawal (Lumur garam kunyit)
1 sudu besar cili kisar
Bawang holland potong bulat
Tomato dipotong
Cili padi dipotong
Sos cili
Sos tiram
Kicap lemak manis

Bahan B (Tumbuk Kasar):
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1 inci halia

Cara membuat:

  1. Mula-mula, goreng ikan hingga masak, tumbuk kasar bahan B. 
  2. Kurangkan minyak menggoreng ikan, tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  3. Kemudian, masukkan cili kisar dan kacau hingga masak. Masukkan sedikit air. Masukkan kicap, sos cili dan sos tiram kacau sebati.
  4. Masukkan perasa secukupnya terus kan kacau. 
  5. Akhir sekali, masukkan bawang holland, cili padi dan tomato kacau sekejap , barulah masukkan ikan. Kacau rata dan boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jom masuk Dapur(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x