Kadang-kadang mesti rasa buntu nak masak apa untuk tengahari kan. Apa kata cuba resipi Ikan Bawal Masam Manis ni. Memang cukup rasa dia, sedap pula tu. Jom Admin share cara nak buat.
Terima kasih Aiyu Isa untuk perkongsian resipi Ikan Bawal Masam Manis ini 🙂
Bahan-Bahan:
Ikan bawal
Cili merah
Tomato
Daun bawang
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Timun
Kicap manis
Sos tiram
Sos cili thai
Sos ikan
Serbuk lada sulah
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, lumurkan ikan bawal dengan garam dan kunyit. Goreng ikan bawal tersebut.
- Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.
- Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili thai, sos ikan dan kacau kesemua bahan tersebut.
- Masukkan lada sulah dan air.
- Seterusnya, masukkan cili merah, timun, tomato, gula dan secukup rasa.
- Masukkan daun bawang dan kacau sehingga sebati.
- Selepas selesai, tuangkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng.
Senang kan? Makan dengan nasi panas memang sedap. Bertambah la makan lepas ni.
Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Aiyu Isa(TikTok)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos