fbpx

Resepi Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun, Memang Sedap Dan Mudah Je!

iCookAsia

Siapa je yang tak suka ikan bilis dan kentang kan? Kebiasaannya kita akan dengar ikan bilis goreng atau sambal ikan bilis yang memang ramai sangat jual sekarang ni. Tapi kali ni, Admin nak share satu resipi yang ada kelainan tapi mampu buat anda semua untuk tambah nasi bila makan dengan juadah ini.

Mesti tak sabar kan semua? Jom Admin tunjukkan.

Terima kasih Nurul Ateekah untuk perkongsian resipi Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun ini 🙂

Bahan-Bahan:

4 biji kentang (besar) – Dipotong serong nipis dan goreng

5-6 sudu besar ikan bilis (Dicuci bersih dan goreng)

1 ikat suhun (Direndam bersama air)

1/2 biji bawang besar (Dihiris)

4 ulas bawang putih (Dikatok)

1 biji cili merah (Dihiris)

1 biji cili hijau (Dihiris)

2 batang daun kari

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis

Serbuk perasa Knorr atau maggi

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, goreng kentang sehingga masak.
  2. Seterusnya, gorengkan ikan bilis.
  3. Gunakan minyak ikan bilis tadi, anggaran dalam 5 sudu dan tumiskan bawang putih dan bawang merah masak sehingga keperangan.
  4. Masukkan daun kari, cili merah an cili hijau. Masak seketika.
  5. Masukkan sos tiram dan kicap manis dan gaul hingga sebati.
  6. Masukkan suhun, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan kunyit. Gaul rata.
  7. Akhir sekali, masukkan kentang dan ikan bilis. Masak sehingga rata dan tunggu sehingga sedikit kering.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x