fbpx

Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai, Mudah Dan Sedap Tau

iCookAsia

Selalu ikan kembung akan di goreng biasa sahaja tapi kalau dapat cuba Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai pun sedap juga. Guna sahaja resepi yang telah dikongsikan ini. Yang pasti, mengenyangkan. Tak perlu susah dah fikir nak masak apa untuk tengahari.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Muza Muzawati perkongsian resipi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Ikan kembung (Digoreng dengan garam dan sedikit kunyit. Ketepikan)

Bahan B (Kisar):

Cili merah

Cili hijau

Cili padi merah

Cili padi hijau

3 batang serai

6 ulas bawang putih

Jangan kisar terlalu hancur

Bahan C:

Sos ikan

Sos tiram

Sos cili

Sos tomato

Gula

Air secukupnya

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan semua sos-sos tersebut dan gula. Gaul rata. Tidak perlu letak garam kerana semua bahan sudah masin.
  3. Masukkan sedikit air untuk kuahnya. Boleh agak-agak sahaja.
  4. Biarkan ia mendidih.
  5. Akhir sekali, masukkan hirisan daun limau purut, bawang holland dan ikan goreng. Gaul rata dan boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Muza Muzawati(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x