fbpx

Resepi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai. Sekali Makan, Rasa Macam Di Restoran Kayangan.

iCookAsia

Ikan Siakap memang popular nya dibuat sebagai masakan Stim dan Tiga Rasa. Tetapi, apa kata kita ubah selera dengan membuat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. 

Sangat rasa eksklusif tau bila makan tu. Bak kata beliau, “Makan je terasa seperti berada di Restoran Thai Kayangan…”. 

Terima kasih Liza Idris untuk perkongsian resipi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai ini 🙂

Bahan- bahan:

Ikan Siakap

2 sudu cili kisar.

2 sudu cuka.

5 sudu kicap biasa.

1 sudu maggi cukup rasa

Sedikit sayur kubis dan lobak merah

Daun sup dan daun ketumbar

Bahan-bahan untuk Kuah:

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

3 ke 5 biji cili api

(Kisar sahaja semua bahan di atas)

Cara memasak:


1. Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.


2. Panaskan minyak dan goreng ikan yang sudah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu.


3. Untuk kuah pula, panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sampai kekuningan. Nak guna minyak yang guna untuk menggoreng ikan tadi pun boleh.

4. Masukkan 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.


5. Letak 2 sudu besar cuka. Kacau lagi.


6. Masukkan 1 cawan air. Saya letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap.


7. Masuk bunga kubis dan lobak merah. Kacau lagi sampai sayur sudah lembut sedikit.

8. Kemudian, perasakan dengan maggi cukup rasa.

9. Apabila sudah siap, bolehlah tuang pada atas ikan siakap tadi.


10. Tabur lagi daun bawang dan ketumbar sebagai hiasan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Liza Idris (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x