fbpx

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Yang Mudah. Campak Je, Kukus Dan Siap!

iCookAsia

Kadang-kadang rasa bosan kan makan masakan Ayam sahaja. Jadi, kalau bosan jom buat hidangan Ikan pula. Kalau tiada idea nak masak lauk apa, boleh la cuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini iaitu Siakap Stim Limau. Sedap betul. Senang pula tu nak buat. 

Campak-campak sahaja bahan yang ada dan kukus. Siap untuk hidang! Makan dengan nasi putih panas-panas ni confirm lebih berselera!

Terima kasih Nasriah Ramli untuk perkongsian resipi Siakap Stim Limau ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ekor Siakap (dibersih dan dikelar)

Bahan yang dicampur/gaul bersama:

Air, Sos ikan, 1 Kiub bilis, Sedikit gula

Sos tiram dan minyak bijan

Hirisan cili api, Bawang putih, Bawang Holland, serai, halia

4 biji Limau kasturi (diperah jusnya dan kulit dihiris-hiris)

Daun limau purut, 1 biji tomato

Cara membuat:

  1. Tuang dan lumur bahan-bahan ni pada ikan.
  2. Tabur hirisan daun ketumbar.
  3. Biarkan 15 minit.
  4. Kemudian dikukus hingga masak (dalam 10-15 minit). 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nasriah Ramli (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x