fbpx

Resepi Inspirasi Daripada Arwah Siti Sarah, Sambal Telur. Menyelerakan Betul!

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak kenal dan sedih atas pemergian Arwah Siti Sarah, penyanyi terkenal yang sangat Legend. Beliau sangat baik dan sangat rajin untuk kongsikan resepi-resepi masakan beliau. Tak kedekut ilmu! 

Jadi, seorang pengguna Facebook ini telah kongsikan dan cuba memasak resepi daripada Siti Sarah iaitu Sambal Telur. Memang betul nampak menyelerakan tau! Kalau anda belum pernah cuba, jom cuba. Sambil-sambil cuba tu jangan lupa untuk selitkan doa buat Arwah Siti Sarah. 

Al-fatihah. 

Terima kasih Ameera untuk perkongsian resipi Sambal Telur Daripada Siti Sarah ini 🙂

 Bahan-bahan:

Bawang merah besar 1 biji

Bawang merah kecil 3 biji

Bawang putih 4 ulas

Belacan secukupnya

*Tumbuk kesemua bahan di atas. 

Telur 

Cili Boh/ Cili Kering Kasar

2pcs Asam keping

Gula Kabung

Garam secukupnya

Bawang merah (akhir sekali)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
  2. Kemudian masukkan cili boh atau cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak.

*kalau cili terkurang, letak lebih sikit. Jangan bagi sambal kita pucat lesi.

  1. Letak asam keping, supaya dia ada rasa masam masam.
  2. Selepas itu, masukkan gula kabung. 
  3. Masukkan garam secukupnya. 

*Kalau guna cili boh, perlu letak Air selepas ini. Kalau guna cili kisar tak perlu sebab sudah ada air. 

  1. Kemudian, masukkan telur. Jangan dikacau-kacau telur, nanti dia pecah. Tutupkan kuali dengan penutupnya untuk bagi telur masak.
  2. Masukkan bawang merah. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ameera (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x