fbpx

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Yang ‘Juicy’ Dan Rangup. Memang Kecur Air Liur Tengok Ni!

iCookAsia

Peminat asam boi atau jeruk wajib tengok dan cuba sekali resipi yang Admin nak kongsikan pada hari ini. Tengok gambar pun dah terliur kan. Dengan mangga dan rasa asam yang masam manis tu, memang sedap buat ratah. Tanpa sedar, dah habis. Sesuai sangat buat untuk snacking time.

Jom kita try.

Terima kasih Mohamad Ridhuan Othman untuk perkongsian resipi Jeruk Mangga Asam Boi ini 🙂

Bahan-Bahan:

Buah mangga (Kalau  guna buah kedondong, cermai atau yang lain pun boleh)

Asam boi

Serbuk asam boi

Gula

Cili siam

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, kupas mangga, basuh dan toskan. Pastikan air kering dari buah.
  2. Potong mangga dan hiris nipis.
  3. Masukkan dalam tupperware atau balang.
  4. Tabur serbuk asam boi dan buah asam boi.
  5. Kemudian, taburkan gula dalam bekas tadi. Gula akan bertindak balas dengan buah mangga dan  menghasilkan jus berair yang sedap dihirup.
  6. Akhir sekali, potong atau gunting sahaja lada siam kedalam bekas tadi. Simpan di dalam peti sejuk. Selepas 5 jam, dah boleh makan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mohamad Ridhuan Othman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x