fbpx

Resepi Kailan Ikan Masin, Sama Rasa Macam Di Kedai. Makan Dengan Tomyam Pun Sedap Ni

iCookAsia

Kailan Ikan Masin merupakan satu hidangan yang digemari orang ramai. Dengan rasa ikan masin nya yang memang cukup rasa dan sayur kalian yang fresh menambahkan lagi aroma lauk tu. Kalau dapat makan dengan Tomyam, memang mengancam rasa dia. Favourite Admin ni hehe.

Apa kata korang cuba resepi ini? Lepas ni, confirm asyik rasa nak makan je. Jom Admin share.

Terima kasih Nurul Nadhiya untuk perkongsian resipi Kailan Ikan Masin ini 🙂

Bahan-Bahan:

Ikan masin dalam 2 inci

3 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

2 pokok sayur kailan

3 biji cili padi merah

Sos tiram

Kicap lemak manis

Garam

Perasa

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, panaskan sedikit minyak.
  2. Masukkan ikan masin masak sehingga ikan hancur.
  3. Masukkan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Kemudian, masukkan cili padi dan bawang besar. Potong besar-besar.
  5. Masukkan sedikit sos tiram.
  6. Masukkan sedikit air.
  7. Masukkan batang kailan dan masak lama sikit.
  8. Masukkan sedikit kicap manis sebab nak bagi nampak colour.
  9. Masukkan garam dan perasa.
  10. Akhir sekali, masukkan daun kailan. Biarkan ia masak sekejap dan dah boleh angkat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Nadhiya(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x