fbpx

Resepi Kambing Perap Mudah, Bersama Sos Blackpepper Yang Enak dan Berlemak. Senang dan Jimat!

iCookAsia
Sekarang memang dah banyak produk kambing perap kan, sama ada dijual secara “cash on delivery” atau di pasaraya. Rupa-rupanya senang je nak buat kambing perap ni, bahan pun mudah dan senang dapat. Jom kita tengok resepi kambing perap ini perkongsian saudari Farmiza Masur
Resepi kambing perap
2 kg kambing
1 paket sos blackpepper
1 labu bawang putih (½ didadu, ½ blend bersama sos)
Cara-cara
1. Basuh kambing dan sejat untuk buang air.
2. Bawang putih separuh kita dadu dan separuh lagi kita blend dengan sos.
3. Celup kambing ke dalam sos (perap dalam 1 atau 2 hari untuk bagi sos meresap betul-betul ke dalam kambing)
Resepi sos blackpepper
1 tin sos carbonara berkrim
2 biji kentang (direbus dan dilenyek)
susu full cream/fresh milk/low fat (sukat bagi penuh 1 tin sos carbonara tu)
¾ sudu besar blackpepper
3 biji bawang putih (di dadu)
2 sudu besar butter
kicap manis
garam
Cara-cara
1. Panaskan butter sehingga cair. Masukkan bawang putih, kacau sehingga naik bau.
2. Masukkan sos carbonara, susu dan Masukkan susu dan kentang yang dilenyek tadi.
3. Kacau sentiasa sebab takut hangus. Masukkan blackpepper dan kicap agak2 dapat warna yang dikehendaki dan garam secukup rasa. Siap.
   
Sos blackpepper ni boleh di makan dengan lamb chop ,chicken chop dan mashed potato ya..serius sedap..🤤 so kalau dah buat sos serbaguna ni senang x perlu lagi buat gravy mashed potato yang selalu kita makan kat kfc tu..guna sos ni pun dah best..
### sos blackpepper kalau rasa macam pekat nak cair bole la tambah air atau susu..(ikut yang di hendaki☺️)

 

Untuk dapatkan barangan memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, jom dapatkan di https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x