fbpx

Resepi Karipap Telur, Senang Dan Sedap!

iCookAsia

Bila sebut pasal karipap, macam-macam inti orang buat. Itulah yang menjadikan kelainan untuk setiap karipap yang dibuat. Hari ni, Admin nak share dengan korang satu resepi karipap yang sangat mudah untuk buat intinya. Kalau tiba-tiba terasa nak makan tengah malam, boleh la cuba.

Jom.

Terima kasih Norzana Damhuri untuk perkongsian resipi Karipap Telur ini 🙂

Bahan (Untuk Inti):

2 biji telur

Bawang besar setengah biji (diracik)

Daun sup (diracik) – Optional

Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk. Kacau macam buat telur dadar. Masukkan bawang, daun sup dan garam. Kacau sebati.
  2. Panaskan minyak. Masukkan inti ke doh dalam 2 sudu, kelim tepi karipap dan terus goreng.
  3. Selepas masukkan  karipap dalam minyak panas, sambil itu sudip yang berada di tangan, cedukkan ia ke minyak panas dan simbah belah atas karipap supaya karipap mengembang gebu.

Bahan (Untuk Kuah Karipap):

2 sudu cili yang sudah dikisar

Air

Sos cili 2 sudu

Bawang putih sebiji (diketuk)

Gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Panaskan air dalam periuk kecil.
  2. Masukkan cili yang sudah dikisar, sos cili, bawang putih dan gula. Kacau sehingga masak. Masa nak hidang ambil kuah sahaja dan bawang putih tinggal.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norzana Damhuri(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x