fbpx

Resepi Kasam Sawi Pahit. Masam Namun Cukup Menyelerakan!

iCookAsia

Resepi yang jarang sekali digunapakai dalam masakan harian terutamanya masyarakat Melayu. Sayur sawi lebih senang digoreng bersama bawang putih atau sos tiram.

Apa kata kita twist sedikit cara masakan kasam sawi dengan adunan masam pahit untuk membangkitkan lagi berahi di meja makan. Kasam sawi atau nama lain, jeruk sawi lebih sinonim dengan masakan kaum Cina.

Kasam Sawi Pahit

Bahan :
3 ikat sayur sawi pahit – (kalau dapat pilih batang & daun yg besar2)
2 senduk gula pasir (senduk nasi)
1 senduk garam
Air masak secukup nya

Cara :
1. Basuh sawi sehingga bersih, toskan atau boleh dijemur sebentar.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air masak tadi.
3. Susunkan sawi dalam bekas besar. Tuangkan air masak yang dilarut dengan garam dan gula tadi, tuang hingga menutupi sawi.
4. Tutup dana biarkan pada suhu bilik untuk 3 hingga 5 hari. Setiap pagi balikkan sawi, jika berbau masam, alihkan ke dalam bekas yang sesuai bersama sedikit air rendaman dan simpan di dalam peti sejuk.

Resepi Kasam Sawi Goreng

Bahan :
3 ulas bawang putih *
6 biji bawang merah *
Cili hidup secukupnya*
(*dihiris)
2 biji bawang besar – potong berbaji kecil
Ikan bilis/udang kering/udang basah
Sedikit jus limau / cuka makanan
Sedikit garam/gula/aji* (*optional)
Sebiji telur
Kasam sawi secukupnya (dipotong dan tidak perlu dibasuh)

Cara :
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Pecahkan telur dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan goreng sehingga naik bau.
4. Tumis bawang putih dan merah sehingga wangi. Masukkan bawang besar dan cili hidup.
5. Masukkan udang kering/basah. Selepas itu masukkan kasam sawi. Gaul rata.
6. Masuk garam, aji dan gula secukupnya. Perahkan jus limau dan kacau rata. Tutup api.

Sumber : Norhamidah Abdul Hamid

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x