Peminat seafood mesti cuba resepi ini. Kalau anda nak tahu, Sup Ketam ini sangat sesuai kalau ada ahli keluarga yang demam, kerana ia boleh membantu untuk menyegarkan tubuh badan. Bukan itu sahaja, kalau nak hirup macam itu sahaj pun dah sedap tau.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Siti Noor Hidayah Samah perkongsian resipi Sup Ketam ini 🙂
Bahan-bahan:
2 ekor ketam (Nak guna ketam nipah pun boleh)
1 labu bawang putih
Halia (Ketuk)
Secubit lada hitam (Tumbuk kasar)
10 tangkai bunga cengkih
1 biji bawang besar (Potong 4)
2 biji putih telur
Garam
2 liter air
Daun sup
Cara membuat:
- Mula-mula, siang ketam dan potong-potong untuk bagi isi-isi keluar semua dan mesra dengan kuah sup. Bagi sepit-sepit ketam tersebut, boleh ketuk-ketuk bagi pecah. Bagi keluar isi-isi kat dalam. Masukkan ke dalam periuk bersama air.
- Kemudian, kupas kulit luar bawang putih tanpa dileraikan satu-satu sebab nak letak selabu begitu sahaja dan masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan halia dan bawang besar. Halia letak lebih tidak apa.
- Seterusnya, masukkan lada hitam dan bunga cengkih.
- Reneh api perlahan selama lebih kurang 1 jam.
- Apabila sudah agak-agak cukup 1 jam, perasakan dengan garam.
- Kemudian, masukkan putih telur dan biar mendidih lebih kurang 5 minit.
- Akhir sekali, tutup api dapur dan taburkan daun sup.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Noor Hidayah Samah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity