fbpx

Resepi Kek Batik Indulgence, Confirm Makan Sekali Nak Lagi!

iCookAsia

Sebut je pasal kek batik, siapa je yang tak terliur kan. Cara nak buat pun simple sangat dan sedap pula tu. Boleh buat makan petang-petang dengan family, bukan tu je tau. Boleh jual sekali. Kali ni Admin nak share dengan korang satu resipi kek batik indulgence yang memang sangat sedap dan anda semua mesti buat sekali, nak lagi hehe.

Resepi ini ada tiga lapisan tau iaitu kek batik, cream cheese dan ganache dan ianya untuk loyang 7 inci. Boleh la makan banyak kali. Jom Admin share.

Terima kasih Muhammad Ali untuk perkongsian resipi Kek Batik Indulgence ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan (Untuk Kek Batik):

4 biji telur (Resepi-resepi legend kek batik memang pakai banyak telur, nak kurangkan pun boleh)

200 g butter (Kalau pakai marjerin  atau buttercup atau butterblend akan jadi sedikit masin)

300 g biskut merry

3 sudu serbuk coklat (Dibancuh dengan air panas)

2 sudu gula

4 sudu susu pekat

Secubit garam (Optional) – Kalau pakai buttercup atau marjerin atau butterblend, tak perlu masukkan garam

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, panaskan butter sampai cair, kemudian masukkan semua bahan kecuali biskut.
  2. Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sehingga pekat
  3. Seterusnya, apabila dah agak-agak pekat, tutup api dan biarkan dalam 2-3 minit, baru masukkan biskut.
  4. Kemudian, gaulkan kesemuanya dan isi dalam bekas.
  5. Mampatkan ia dan isi dalam peti sejuk dalam 30 hingga 40 minit.

Bahan (Untuk cream cheese/indulgence)

120 g whipping cream

40 g gula kastor

Setengah sudu kecil esen vanilla

250 g cream cheese

10 g gelatin + 40 ml air panas (Optional)  

Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Gelatin ni dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Mengikut selera masing-masing. Jika anda ingin menggunakannya, larutkan kedua bahan ini sehingga cair.

Cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan-bahan diatas kecuali whipping cream dan gelatin.
  2. Pukul sampai rata dan baru masukkan whipping cream dan gelatin
  3. Tuang atas kek batik tadi.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam 1 jam.

Bahan (Untuk ganache):

100 g whipping cream

100 g dark chocolate

Satu sudu kecil butter

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, double boil kan semua bahan-bahan di atas. Apabila sudah sebati, pastikan suam-suam dahulu kemudian baru tuang ke atas cream cheese tadi.
  2. Tinggalkan semalaman dan sudah boleh dimakan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Muhammad Ali(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x