Teringin nak makan dessert yang senang, sedap and jimat masa. Boleh buat Kek Batik ni. Rasa kepekatan bahan yag digunakan tu menjadikan kek batik ni bertambah enak. Nak lagi menarik, tambah je topping yang korang suka.
Jom try.
Terima kasih Yusliyana Saat untuk perkongsian resipi Resepi Kek Batik ini 🙂
Bahan- bahan:
2 bungkus biskut marie original
1 tin susu pekat
1 buku butter
1 biji telur gred A
50 g serbuk koko (Botol kecil 2)
250 g choc chips
Cara membuat:
- Mula-mula, cairkan butter dalam kuali.
- Jika sudah cair masukkan 1 tin susu pekat dan kacau laju sampai sebati.
- Kemudian, slowkan api dan masukkan telur. Kacau laju-laju supaya telur tidak berketul.
- Masukkan serbuk koko dan kacau.
- Masukkan pula biskut marie. Biskut 1/3 hancurkan dan 2/3 patahkan dua atau 3. Gaul sampai rata..
- Seterusnya, masukkan dalam bekas yang dialas dengan plastik supaya senang nak potong. Nanti boleh tarik keluar dari acuan untuk potongan yang kemas.
- Tekan-tekan rata. Mampatkan dalam bekas. Memang akan panas. Masukkankan kain dalam plastik dan tekan guna tangan.
- Akhir sekali, simpan dlm freezer.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Yusliyana Saat(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity