Antara resepi yang boleh dikatakan legend, resepi kek coklat moist kukus senang ini. Sangat mudah dibuat, rasa yang dihasilkan memang sangat sedap.
Terima kasih Noriza Awang Hamat untuk perkongsian resipi Kek Coklat Moist Kukus ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko*
1 cawan gula pasir*
1 cawan minyak masak*
1 cawan susu pekat*
1 cawan susu cair*
4 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 sk soda bikarbonat (diayak)
1 sk baking powder (diayak)
Cara membuat:
- Masak bahan bertanda *. Jangan sampai menggelegak, sekadar untuk semua sebati. Tutup api dan ketepikan.
- Selepas bahan tadi suam, masukkan ke dalam blender. Masukkan telur, blend sekejap, masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Blend sehingga semua sebati.
- Panaskan pengukus terlebih dahulu. Sapukan loyang dengan sedikit marjerin baru masukkan adunan kek.
- Apabila air sudah mendidih, masukkan adunan kek tadi.
- Kukus selama 45 minit pada api sederhana.
Jika anda mencari pengukus yang berkualiti, dapatkan SHEFU 32cm 3 Tier Steamer.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Noriza Awang Hamat (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos