fbpx

Resepi Kek Keju Durian, Guna Blender Je!

iCookAsia

Sekarang kan tengah musim durian, memang banyak yang dijual di kedai-kedai mahupun di tepi jalan, mesti semua jadi tak tentu arah bila nampak durian terutamanya pencinta durian macam admin hehe. Tapi korang tahu tak yang sebenarnya macam-macam juadah yang dapat dihasilkan hanya dengan menggunakan durian? Mesti terliur kan.

Salah satunya adalah Kek Keju Durian. Dengar pun dah tahu sedap ni. Yang penting, resepi yang admin nak share ni sangat mudah. Jom kita cuba!

Terima kasih Norhidayu Abdul Majid untuk perkongsian resipi Kek Keju Durian ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Untuk Dasar Kek):

140g biskut lemak (campurkan dengan sedikit cornflakes dan kisar hancur)

60g mentega atau marjerin

Bahan B (Untuk Adunan Kek):

250g krim keju

50g gula kastor

2 biji telur

50ml susu segar atau sejat

140g isi durian

2 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan:

  1. Untuk menyediakan adunan dasar kek, cairkan mentega kemudian campurkan dengan biskut yang dikisar tadi dan gaulkan sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan ke dalam loyang bersaiz 6 inci yang telah dibalut dengan aluminium form. Leper dan ratakan biskut sehingga sekata dan simpan ke dalam peti sejuk buat seketika.
  3. Untuk menyediakan kek, perkara pertama yang perlu dibuat adalah panaskan ketuhar pada suhu 160C. kemudian, masukkan krim keju, telur dan gula ke dalam blender ataupun pengisar. Kisar sehingga sebati dan gebu.
  4. Seterusnya, masukkan isi durian dan kisar lagi hingga hancur
  5. Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan kisarkan ia.
  6. Keluarkan loyang yang sudah disejukkan di dalam peti sejuk tadi dan tuangkan adunan keju di dalamnya.
  7. Bakar menggunakan kaedah bain-marie/water bath. Bakar selama 1 jam. Untuk pengetahuan semua, masa untuk bakar mungkin akan berubah mengikut jenis ketuhar.
  8. Untuk memastikan kek sudah masak, permukaan kek akan kelihatan kering dan tidak melekit. Keluarkan loyang berisi air tadi dan letak kembali loyang kek dalam ketuhar dengan keadaan pintu ketuhar direnggangkan sedikit. Biarkan ia selama 10-15 minit.
  9. Keluarkan loyang kek dan letak atas redai. Biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Kemudian, kek tersebut sudah boleh disimpan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam.
  10.  Siap untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norhidayu Abdul Majid

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x