Yang pernah makan Kek Lumut, mesti tak pernah muak makan kan? Dengan rasa yang lembut dan lembab, lagi tak puas makan sikit saja. Cara buat pun mudah saja dan bahan senang nak dapat jadi tak perlu risau.
Jom try.
Terima kasih Mazliza Ahmad untuk perkongsian resipi Kek Lumut ini 🙂
Bahan- bahan:
5 biji telur
225 g butter
3/4 cup gula halus (kalau tak suka manis boleh kurangkan sikit)
200 g tepung gandum (1 gelas)
1/4 tin susu pekat
1/2 gelas horlicks (100 g)
1/2 bekas kaya pandan (Boleh guna brand gardenia)
2 sudu besar pes pandan
Pewarna hijau secukupnya
Cara membuat:
- Mula-mula, pukul telur sehingga kembang.
- Kemudian, dalam bekas yang lain, pukul butter dan gula sehingga berkrim.
- Masukkan telur yang sudah dipukul tadi.
- Masukkan tepung, susu, kaya dan horlicks. Mix sebati.
- Akhir sekali, masukkan pes pandan dan pewarna dan bakar pada suhu 170 c selama 45 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mazliza Ahmad(Facebook)
Nak bakar mesti kena guna oven. Meh tengok sini: https://shope.ee/8pM1KYNqT7Â
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos