fbpx

Resepi Kek Marble Klasik Yang Penuh Tips Untuk Hasil Yang Menjadi Dan Cantik. Rugi Tak Cuba. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Kek Marble sekarang ini sudah ada pelbagai jenis dan tidak lagi menggunakan versi asal. Coraknya sudah menjadi moden dan menggunakan warna-warna pastel yang lebih sesuai dengan jiwa anak-anak muda sekarang. Tetap cantik!

Tapi, tahukah anda rupa asalnya Kek Marble ini. Haa, disini Admin kongsikan corak dan rupa Kek Marble Klasik yang jarang dibuat orang sekarang. Rasanya, memang sedap dan gebu gebas. 

Terima kasih Farisha Sofea untuk perkongsian resipi Kek Marble Klasik ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan marjerin Pelangi

3/4 cawan gula halus 

4 biji telur gred A

1 sudu kecil esen vanilla

2 sudu besar susu pekat (optional)

1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)

1 sudu kecil serbuk penaik (diayak)

Pewarna pilihan 

Cara membuat:

  1. Satukan marjerin bersama gula dan pukul sehingga ringan dan gebu. Proses ini penting untuk mengelakkan kek menjadi mendap apabila gula tidak hancur sepenuhnya. 
  2. Kemudian masukkan telur satu per satu sambil dipukul sebati.
  3. Masukkan juga esen vanilla diikuti dengan susu pekat. Penggunaan susu pekat di dalam kek ini akan membuatkan kek lebih sedap, lebih berlemak dan juga lembap.
  4. Akhir sekali, masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikaup balik adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan tersebut kepada tiga bahagian dan letakkan pewarna pilihan.
  5. Sediakan loyang bulat saiz 8″ dan alaskan dengan kertas pembakar.
  6. Tuangkan adunan secara berselang seli sehingga selesai.
  7. Hentakkan sedikit loyang tersebut dan panaskan oven. Bakar pada suhu 180c selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing. 
  8. Setelah masak, terbalikkan kek di atas redai. Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Farisha Sofea (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x