Dah bosan Kek Coklat biasa kan? Jom kali ini beri kelainan pada hidangan makan petang anda dengan membuat Kek Nenas ini. Nampak cantik betul hasilnya. Kalau tertanya-tanya bagaimana rasanya, boleh lah cuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini.
Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Kek Nenas ini 🙂
Bahan untuk Susunan Nenas:-
3 sudu besar buttercup (dicairkan)
1/4 cawan gula perang
Beberapa keping nenas dalam tin
Beberapa biji ceri merah
Caranya:
- Cairkan buttercup dan sapu rata di sekeliling loyang.
- Taburkan gula perang.
- Susun nenas dan ceri. Kemudian ketepikan.
Bahan untuk Bancuhan tepung
1/2 buku buttercup (125g)
3/4 cawan gula
4 biji telur
1/4 cawan susu segar
3 sudu besar (15 ml) air nenas
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara membuat:
- Dalam mixer, putar buttercup dan gula. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang.
- Masukkan susu segar, air nenas dan vanilla.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum dan baking powder. Kacau hingga sekata.
- Tuangkan bancuhan bahan ke dalam loyang yang telah disusunkan dengan nenas.
- Panaskan oven dan bakar bancuhan 180C selama 30-40 minit (bergantung kepada kepanasan oven masing-masing).
- Apabila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos