Cantik kan kek ini? Boleh potong cantik-cantik, nak makan pun sayang. Jom cuba resipi ni. Minum petang kan best kalau minum teh o sekali dengan kek.
Terima kasih Ida Radzi untuk perkongsian resipi Kek Pandan Jelita ini 🙂
Bahan-bahan:
5 helai daun pandan
3/4 cawan santan + secubit garamÂ
*Kisarkan keduanya dan perah hingga dapat 3/4 cawan santan pandan
5 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
1/2 cawan minyak masak
Cara membuat:
- Mix kan telur, gula, ovalette hingga gebu.
- Masukkan santan pandan tadi dan mix lagi.
- Masukkan tepung, baking powder dan mix kan sebati.
- Masukkan pula minyak dan mix sebati.
- Asingkan sedikit adunan yang ditambah pewarna untuk corak.
- Masukkan kedalam loyang yang telah disapu majerin atau boleh guna baking paper.
- Tompokkan adunan berwarna tadi dan lorekkan.
- Bakar pada suhu 175°c selama 1 jam atau sehingga masak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ida Radzi (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos