fbpx

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan, Gebu Dan Memang Sedap Bila Dimakan

iCookAsia

Sedap sungguh makan Kek Pisang kegemaran ramai ini, dengan gebu dan terasa lembutnya kek tersebut. Resepi ini menggunakan sukatan cawan, sangat mudah untuk dibuat. Nak kukus atau bakar pun boleh.

Jom try.

Terima kasih Zuhaidar Mohd Sofi untuk perkongsian resipi Kek Pisang ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

2 sudu kecil soda bikarbonat

(Ayak semua bahan di atas)

Bahan B:

1 cawan minyak masak

1 cawan gula (kalau nak manis)

3 biji telur gred A

1 sudu kecil esen vanilla 

(Kisarkan bahan di atas sehingga sebati)

Bahan C:

5-7 biji pisang emas masak ranum (Dilenyek menggunakan garfu,ini tips supaya kek kelihatan urat pisang)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan semua bahan kisar ke dalam tepung yang di ayak tadi.
  2. Kacau-kacau dengan menggunakan senduk.
  3. Kemudian, masukkan pisang yang di lenyek tadi dan kacau sampai sebati.
  4. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  5. Akhir sekali, bakar pada suhu 160 selama 45 minit mengikut oven masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zuhaidar Mohd Sofi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x