Nak buat kek bukanlah perkara yang agak senang. Sukatan kena tepat dan betul. Tetapi dengan resepi yang kami kongsikan ini, pasti jadi. Jom tengok resepi Kek Red Velvet yang gebu ini.
Terima kasih kepada Arm Ika atas perkongsian resepi Kek Velvet ini
Bahan-bahan:
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil pes red velvet
1/4 cawan susu cair
1 sudu kecil jus lemon / cuka makan
2 sudu kecil pewarna merah
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
2 sudu besar serbuk koko*
Cara membuat:
1. Ayak bahan bertanda *.
2. Mix mentega, gula dan ovalette sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukkan pes red velvet dan pewarna. Mix lagi.
5. Masukkan susu cair dan jus lemon. Pukul sebati.
6. Tutup mixer, masukkan bahan ayak sedikit-sedikit hingga habis secara kaup. Kaup hingga sebati.
7. Sapu loyang 8 inci dengan mentega / alas dengan baking paper.
8. Masukkan adunan dan bakar pada suhu 170°c selama 45 minit bergantung pada oven masing-masing.
Kredit resipi dan gambar: Arm Ika (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity