fbpx

Resepi Kerabu Tembikai Utara, Fuh Mantap Rasanya!

iCookAsia

Resepi kali ni jarang sekali kita dengar. Memang ramai yang buat tetapi yang uniknya, ia telah divariasikan dengan satu kombinasi yang nampak pelik tapi sedap. Bukan itu sahaja, ianya merupakan versi utara.  Bagi sesiapa yang suka kan buah-buahan, anda harus cuba menu ini.

Korang mesti curious bagaimana rasanya kan? Jom Admin share.

Terima kasih Azira Yahaya untuk perkongsian resipi Kerabu Tembikai Utara ini 🙂

 Bahan-Bahan:

Tembikai

Cili padi

Bawang merah

Belacan (boleh guna seberapa banyak yang diinginkan mengikut kemahuan sendiri)

Garam

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, ambil lebihan isi tembikai yang sudah dikikis untuk makan ataupun buat jus. Kikis lebihan isi tersebut sehingga menjadi putih.
  2. Tumbuk cili padi seberapa banyak mengikut tahap kepedasan yang diinginkan beserta dengan bawang merah dan belacan. Elakkan untuk letak belacan terlalu banyak jika anda mengalami resdung.
  3. Akhir sekali, gaul kan semuanya bersama dengan isi tembikai sebentar tadi. Jangan lupa untuk letakkan sedikit garam.Senang kan? Nampak pelik tapi sedap untuk dimakan.

 Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azira Yahaya(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x