fbpx

Resepi Kerepek Biji Durian, Senang Dan Sedap!

iCookAsia

Tak pernah dengar kan orang jadikan biji durian sebagai kerepek. Tapi sebenarnya ramai cakap memang sangat sedap dan paling penting, senang sahaja nak buat. Bukan itu sahaja, boleh jadikan favourite snack lepas ni.

Jom kita buat!

Terima kasih Anisah Connie untuk perkongsian resipi Kerepek Biji Durian ini 🙂

Bahan-Bahan:

Biji durian

Garam halus

Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, kalau nak buat kerepek, biji durian seelok-eloknya direndam semalaman supaya senang nak buang bahagian buah dan sedikit kulit yang masih melekat pada biji durian.
  2. Selepas dibersihkan, jemurkan biji durian tadi supaya kering sedikit. Jika tidak, biji durian ini akan berlendir seterusnya menyukarkan proses untuk menyagat nanti. 
  3. Kemudian, sagat biji durian mengikut ketebalan yang anda gemari. Sebaiknya, sagat nipis sahaja supaya kerepek mudah rangup apabila digoreng.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kelihatan kekuningan. Toskan minyak.
  5. Akhir sekali, sebagai penambah rasa, taburkan sedikit garam halus. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Anisah Connie(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x