Setiap pagi mesti berfikir nak masa kapa untuk sarapan kan? Nak menu yang simple tapi mengenyangkan. Apa kata anda cuba resepi Kuey Teow Goreng ini. Mudah sahaja cara nak buat tapi sedap tau. Memang bertambah la jawapan nya hehe.
Jom kita try.
Terima kasih untuk SCha EllCha Lee perkongsian resipi Kuey Teow Goreng ini 🙂
Bahan-bahan:
1 kg kuey teow
200 g dada ayam
200 g udang
200 g bebola ikan
5 biji telur
Sayur taugeh secukupnya
Daun kucai secukupnya
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1/2 cawan kicap lemak manis
1 1/2 sudu stock cili kisar
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara membuat:
- Mula-mula, campurkan sos tiram, sos tomato, sos cili, sos ikan dan kicap dalam 1 bekas dan kacau rata.
- Dalam satu bekas stock cili kisar, dalam tu ada cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Senang setiap kali nak digunakan.
- Kemudian, cuci bersih Kuey teow dan tos kan.
- Gaul rata kuey teow dengan sedikit kicap.
- Potong dada ayam ikut suka dan cuci bersih dada ayam, udang dan bebola ikan. Cuci bersih semua sayur dan tos kan.
- Seterusnya, panaskan minyak,
- Tumis stock cili hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, gaul rata.
- Masukkan bebola ikan dan gaul rata. Masukkan udang. Gaul rata.Masukkan telur dan kacau-kacau.
- Apabila sudah mendidih, masukkan kicap dan sos-sos tadi, perasakan dengan sedikit garam dan gaul rata serta tunggu mendidih sekali lagi,
- Akhir sekali, masukkan kuey teow dan gaul rata. Masukkan taugeh dan daun kucai. Gaul-gaul sekejap. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: SCha EllCha Lee(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity