fbpx

Resepi Kuih Cara Manis Yang Dijual Di Bazar Selama 12 Tahun. Gebu Betul!

iCookAsia

Kuih tradisi Kuih Cara Manis ini menjadi kegemaran ramai. Lembut diluar, apabila dikunyah cair gula di mulut. Wah, terliur betul Admin. Kalau anda belum pernah cuba resepi ini, anda patut cuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Beliau sudah berniaga di Bazar selama 12 tahun tau untuk Kuih Cara Manis ini. Kalau jualan betul laku, confirm lah sedap kan? 

Terima kasih Zuriah Jusoh untuk perkongsian resipi Kuih Cara Manis ini 🙂

Bahan- bahan:

2 cawan tepung gandum

2 cawan santan pekat

3 biji telur

2 cawan air

1 sudu kecil garam halus

¼-cawan minyak masak

Air daun pandan jika suka (kisar dan ambil airnya)

Sedikit pewarna hijau epal

Gula secukupnya

Cara membuat:

  1. Semua bahan diatas dikacau sebati dan dikisar halus sampai adunan sebati (kecuali gula). Kacau rata dan siap untuk dibakar.

*Bakar atas dapur gas dan tutup dengan tudung periuk.

*Adunan sama untuk Kuih Cara Berlauk

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zuriah Jusoh (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x