Selain cornflakes, Nutella juga antara bahan utama yang digunakan dalam Biskut Kuih Raya. Paling digemari atau disukai ramai, terutamanya yang suka akan benda manis. Nutella bukan sahaja boleh dibuat bersama roti, malah pada kuih atau biskut raya juga.
Seperti perkongsian resepi di bawah ini. Resepi yang mudah dan ringkas. Isi Nutella yang digunakan pula nampak begitu banyak. Haa, itulah kelebihannya kalau anda buat sendiri di rumah. Amacam? Jom cuba buat?
Terima kasih Umie Nurhayati untuk perkongsian resipi Tart Nutella ini 🙂
Bahan-bahan:
250gm butter
60gm gula halus
1 biji kuning telur
450gm tepung gandum
(Kalau nak buat tart red velvet, hanya tambah 1 tsp red velvet emalco, kalau tart biasa tak perlu letak)
Bahan untuk Inti:
Nutella Coklat
Almond flavour (1/2 tsp)
Cara membuat:
- Pukul manja mentega dan gula sampai sebati, bukan sampai kembang tau.
- Selepas itu masukkan kuning telur.
- Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
- Terap doh menggunakan acuan tart dan susun diatas dulang pembakar.
- Paipkan nutella ikut banyak mana yang kita nak, selepas itu, tabur dengan badam cincang yang telah dibakar seketika.
- Bakar selama 15-20 minit.
(Kalau suka garing sikit biskutnya, bakar dulu selama 5 minit, selepas itu, baru paipkan coklat nutella dan bakar lagi dalam 10-15 minit).
*Jangan lupa sangai tepung terlebih dahulu. Tak nak sangai pun tak apa tapi kalau nak lebih ringan sangai la dulu.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Umie Nurhayati (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos