fbpx

Resepi Kuih Serabai Yang Lembut. Cicah Dengan Kuah Durian Ni Pun Sedap!

iCookAsia

Musim PKP ni, manalah nak cari kedai yang jual Kuih Serabai ni kan? Susah. Tak ramai juga yang tahu kuih ni. Tapi kalau sekali anda cuba, pasti anda akan suka. Jom cuba. Makan cicah dengan kuih kari atau Kuah durian pun sedap ni. Musim Durian sekarang, senang lah nak buat. 

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Kuih Serabai ini 🙂

Bahan-bahan:

4 cawan tepung beras

1 cawan nasi

1 cawan santan pekat (kotak kecil)

3 cawan air

1 peket yis mauripan

2 sudu besar gula

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan di atas kedalam blender kemudian kisarlah sehingga sebati dan halus cantik. Setelah itu tuang ke dalam bekas lain dan perap selama 1 jam. 
  2. Panaskan dulu acuan di atas dapur dengan api yang paling kecil. Lenserkan minyak di setiap lubang acuan, kacau-kacau adunan dan tuanglah 1 senduk kecil ke dalam setiap lubang. Tutup acuan dan tunggu sehingga kuih masak. Ia akan masak secara perlahan-lahan.  Apabila kuih sudah nampak masak sekata di atasnya dan berlubang cantik bolehlah diangkat. 
  3. Ulang proses memasak sehingga habis adunan tadi. 

*Masak kuih ini kena rajin sebab perlu tunggu dan jaga supaya tak hangus bawahnya.

*Boleh dicicah dengan kuah pilihan anda 

*Kalau tiada acuan boleh juga guna kuali non stick. Cuma saiznya mungkin tidak sama. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x