Sejak kebelakangan ini, ramai yang kongsikan resipi donut kan. Kali ini Min nak kongsikan resipi Kulit Karipap pula. Kalau dah pandai buat kulit karipap, kita boleh pelbagaikan inti sendiri ikut kegemaran kita.
Terima kasih Iskandar Muadz untuk perkongsian resipi Kulit Karipap ini 🙂
Bahan-bahan:
4 cawan rata tepung gandum
¼ cawan minyak panas
Garam
2 sb marjerin
2 sb tepung jagung
1 cawan air
Cara membuat:
- Satukan garam, tepung jagung dan marjerin. Gaul sebati.
- Curahkan minyak panas, gaul lagi menggunakan senduk dan sebatikan.
- Masukkan air sedikit demi sedikit, uli sampai doh cantik.
- Perap selama 4 jam untuk bagi doh lembut berminyak untuk senang dicanai.
- Boleh bentukkan karipap dan masukkan inti yang digemari.
- Bakar pada suhu 180c selama 15 minit (untuk frozenkan), kalau nak makan terus boleh goreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Muhamad Muktamin Abdul Karim(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos