fbpx

Resepi Kurma Telur Bersama Kentang Dan Tau Kwa. Sedap Dengan Kuah Yang Pekat!

iCookAsia

Siapa di sini suka makan masakan berasaskan kurma? Anda mesti cuba hidangan ini iaitu Kurma Telur. Makan pula dengan nasi panas, lagi mantap rasa nya. Dengan kuah nya yang pekat dan pedas, memang perfect orang kata untuk dijadikan hidangan tengahari.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nurul Ateekah perkongsian resipi Kurma Telur ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

8 biji telur (direbus)

8 sudu besar Serbuk kurma + 1 sudu kecil serbuk sup + 1/2 cawan air (jadikan paste)

1/2 biji bawang besar (dihiris)

2 cm halia (dihiris)

3 ulas bawang putih (dihiris)

8 tangkai cili padi merah

9 tangkai cili padi hijau

2 biji buah pelaga

2 kuntum Bunga cengkih

1 kuntum Bunga lawang

1 batang kayu Manis

1 helai daun pandan (disimpul)

1 kiub Knorr ayam

2 sudu besar santan kotak

1 -1 1/2  cawan air

Kentang (1 biji dipotong dan goreng)

Tau Kua atau tauhu (1 ketul besar dipotong dan digoreng)

Bahan B (Kisar):

5 biji bawang merah

4 biji bawang putih

5 tangkai cili kering

Kisar sehingga lumat

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, bawang putih, halia dan daun pandan.Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bawang merah dan masak sehingga sedikit keperangan.
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan bancuhan rempah kurma dan masak sehingga rempah masak serta masukkan cili padi.
  5. Kemudian, masukkan air dan santan.
  6. Akhir sekali, masukkan kentang, tauhu, telur dan kiub ayam. Gaul sebati dan biarkan ia masak seketika. Boleh masukkan garam jika perlu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x